|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Selasa, 10 Ogos 2010 11:50 |
|
7 OGOS 2010 - Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah melangkah setapak lagi kehadapan apabila satu sesi perasmian secara maya atau "video conference" oleh YM Datuk Hj. Maideen Bin Kadir Shah (Presiden dan Guru Utama PSSCM) untuk Majlis Kursus Tenaga Pengajar Zon Tengah yang berlangsung di Kem Nur Bukit Unggul, Negeri Sembilan.  
|
|
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 10 Ogos 2010 12:11 )
|
|
Baca Lagi...
|
|
|
LAPORAN KEJOHANAN SUKAN MEMPERTAHANKAN DIRI KEBANGSAAN 2010 |
|
|
|
|
Ditulis oleh SHAHRIL BIN SHAHROM
|
|
Jumaat, 30 Julai 2010 13:35 |
|
Kejohanan Sukan Mempertahankan Diri Kebangsaan 2010 telah berlangsung di Bandaraya Ipoh, Perak pada 22-25 Julai 2010 yang lalu. Bagi Kategori Disiplin Seni Silat Cekak Malaysia, kejohanan ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Ipoh, Perak. Sebanyak 7 kategori telah dipertandingkan dan penyertaan melibatkan kesemua cawangan negeri. Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Seberang Perai turut terlibat dalam penganjuran kejohanan ini dengan menghantar lima orang ahli untuk bertugas sebagai Juri untuk kejohanan ini. Mereka yang terlibat adalah Azis Bin Mohamad, Ahmad Solhi Bin Redwan, Afif Bin Mistar, Shahril Bin Shahrom dan Wan Ruzaini Bin Wan Sulaiman. Bagi kategori disiplin Seni Silat Cekak Malaysia, kejohanan telah berakhir pada 24 Julai 2010 dan keputusan keseluruhan adalah seperti berikut: - Johan: Negeri Selangor Darul Ehsan
- Naib Johan: Negeri Sembilan Darul Khusus
- Ketiga: Negeri Johor Darul Takzim
|
|
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 30 Julai 2010 13:40 )
|
|
LAPORAN KONVENSYEN SUKAN UNTUK SEMUA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2010 |
|
|
|
|
Ditulis oleh SHAHRIL BIN SHAHROM
|
|
Jumaat, 30 Julai 2010 13:30 |
|
Persatuan Seni Silat Cekak Cawangan Seberang Perai telah menghantar wakil untuk menghadiri Konvensyen Sukan Untuk Semua Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010 pada 18 Julai 2010 yang lalu. Program konvensyen sehari ini telah berlangsung di Hotel Bayview, Georgetown, Pulau Pinang. Dua orang Ahli Jawatankuasa PSSCM CSP telah dipilih untuk mewakili persatuan ke konvensyen ini, iaitu Shahril Bin Shahrom, Naib Yang Dipertua PSSCMCSP dan Mohd. Hizam Bin Hussain, Ahli Jawatankuasa PSSCMCSP. Konvensyen ini telah melibatkan kesemua Badan-Badan Sukan, Agensi Belia, Agensi Kerajaan serta penggerak-penggerak sukan di Negeri Pulau Pinang. Objektif konvensyen ini adalah untuk memberikan kefahaman serta kesedaran kepada para pemimpin NGO belia/sukan, kakitangan kerajaan, para penggerak sukan dan orang perseorangan berhubung kepentingan bersukan. Selain itu, konvensyen ini juga bertujuan untuk mencari kaedah yang sesuai berhubung peranan yang harus dimainkan oleh NGO yang berkaitan sukan untuk membudayakan sukan sekaligus menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara sukan yang terbilang pada masa yang akan datang. Dua kertas kerja telah dibentangkan semasa konvensyen ini iaitu, pertama: Malaysia Cergas: Kepentingan Bersukan Dalam Pembentukan Bangsa Cemerlang oleh Dato’ Dr. Leornard A. de Vries – Presiden Persatuan Pendidikan Jasmani Sains, Sukan dan Kecergasan Malaysia; dan, kedua: Sukan Untuk Semua: Peranan NGO dalam Pembudayaan Sukan oleh Dr. Sivamurugan Pandian – Timbalan Dekan Pengajian Siswazah Dan Penyelidikan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM Pulau Pinang. Program ini berakhir pada jam 1.30 petang dan telah disempurnakan oleh Wakil kepada Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang. |
|
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 30 Julai 2010 13:53 )
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Isnin, 19 Julai 2010 14:15 |
|
Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah kurniaNya dan izinNya, serta berkat kekasihNya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, dan berkat guru kita, serta karamah dan hikmah kedua ibu dan bapa kita, maka dapatlah berlangsungnya sesi latihan ahli tamat yang telanh dirancang dan dilaksanakan oleh Ketua Penerangan Negeri iaitu Saudara Khalil Mahmood pada 10-Julai-2010 yang lalu. Semua kelas latihan seluruh seberang perai memberi sokongan yang baik dengan kehadiran yang memberangsangkan. Latihan dimulakan dengan sesi memanaskan badan dengan melakukan senaman 4 unsur dan seterusnya latihan kaki dan tangan. Senaman ini telah diketuai oleh Saudara Badrisham Abdul Rahman. Latihan selanjutnya di ketuai oleh Saudara Solihin Rizwan dengan latihan Asas dan Potong. Latihan berjalan lancar dalam suasana yang penuh dengan kemesraan sesama ahli. Selesai latihan, para hadirin telah dihidangkan dengan Char Keow Teow yang dimasak disitu oleh ahli PSSCM Cawangan Seberang Perai sendiri. Suasa persahabatan yang akrab wujud beserta gurau senda yang mencuit hati. Program ini akan diteruskan daripada masa ke masa dengan matlamat memahirkan silat dan mengeratkan hubungan persahabatan diantara ahli-ahli. Sekain; Ke Album |
|
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 19 Julai 2010 14:29 )
|
|
Ceramah Isra' Mikraj 1431 |
|
|
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Isnin, 12 Julai 2010 14:20 |
|
Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah kurniaNya dan izinNya, serta berkat kekasihNya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, dan berkat guru kita, serta karamah dan hikmah kedua ibu dan bapa kita, maka dapatlah berlangsungnya satu majlis yang sederhana namun tinggi NILAInya kepada kita semua, iaitu Ceramah Penghayatan Isra' Mikraj pada tahun ini pada 27 Rejab 1431 hijrah. Program ini dibawah kendalian AJK Bina Insan iaitu Saudara Azis Bin Mohamad dengan penceramah jemputan iaitu Tuan Hj. Abdul Rashid Bin Ramli.
Selepas ceramah yang diberikan oleh penceramah jemputan, majlis diteruskan dengan program berzanji bagi persediaan kenduri kahwin adik kepada Saudara Shahril Shahrom.
Majlis tamat sekitar jam 12 tengah malam.
Ke Album |
|
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 19 Julai 2010 15:11 )
|
|
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN PSSCM-38 |
|
|
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Jumaat, 11 Jun 2010 11:45 |
|
 Klik di sini untuk maklumat lanjut (pdf) (jpeg) |
|
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 12 Jun 2010 11:03 )
|
|
JEMPUTAN MARHABAN DI MAJLIS PERKAHWINAN AJK CAWANGAN |
|
|
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Jumaat, 11 Jun 2010 11:44 |
|
Pada 23 Mei 2010 (Ahad) yang lalu, kumpulan marhaban dari PSSCM Cawangan Seberang perai telah diberi penghormatan untuk memperdengarkan alunan bacaan barzanji , marhaban dan burdah di Majlis perkahwinan seorang AJK /tenaga pengajar cawangan iaitu saudara Mohd Izdhar B khamaruddin dan pasangannya. |
|
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 12 Jun 2010 11:03 )
|
|
Baca Lagi...
|
|
MESYUARAT BERSAMA PADA 22-05-2010 |
|
|
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Jumaat, 11 Jun 2010 11:43 |
|
MESYUARAT BERSAMA PADA 22-05-2010 LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT PSSCM BERSAMA YANG DIPERTUA DAN NAIB YANG DIPERTUA PSSCM SELURUH CAWANGAN BIL. 14 |
|
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 12 Jun 2010 11:03 )
|
|
Baca Lagi...
|
|
|
|
|